Sunday, June 22, 2014

Giat Mara Teluk Intan - Electrik

Hai assalammualaikum.. Tahun ni aku sambung belajar di Giat Mara. aku igt khursus ni sama je mcm khursus lain 6 bulan.. tp 2 tahun lebih sbb ade practical n Exam wireman.. aku harap masa yg panjang ni boleh ubah masa depan aku.. wlaupon kadang2 aku sendiri pon x tau ape cita2 aku.. mungkin nilah cita2 aku kot. jadi wireman.. tp aku tahap pw2. tahap terendah.. aku harap aku dpt sambung blajar lg ambil pw4 insyaallah klo dgn izin Allah dan rezki.. Aku masuk sini pon sbnrnye x terfikir pun.. aku just dgr nasihat dari seorg kawan yg sgt berharga bg aku.. aku rasa die bukan sekadar kawan.. die special friend.. die skrg blajar kat UMT.. haha universiti dah die.. aku pulak kat Giat Mara jee.. aku harap ape yg aku impikan bersama die tercapai.. aminn.. Btw aku nk ucapkn terima kasih kat ali sbb die lah bukak hati aku utk belajar blk.. klo x maybe aku still kerja kat sebuah kilang beras di Bernas sungai manik.. ok tu jee utk kali ni.. saja test menaip.. dah lama x menaip kat blog.. dah 2 tahun haha.. ok assalammualaikum semua :D

Sunday, January 20, 2013

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Wednesday, September 19, 2012

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Monday, September 17, 2012

Ingat Lah


Sepanjang kita tidur mlm td, mungkin beratus ribu manusia yang meinggal di seluruh dunia. Kenapa Allah tidak matikan kita? Seorang pun tidak boleh beri alasan, Kenapa Allah panjangkan usia kita? Nak kata kerana kita muda ramai yang muda dari kita mati malam tadi, nak kata kita sihat ramai yang lebih sihat dari kita mati malam tadi, nak kata kita banyak amal ramai yang lebih banyak amal mati malam tadi. Kenapa Allah panjangkan umur kita? Disebut para ulamak, adalah kerana Allah nak beri peluang supaya sesiapa yang berbuat dosa, Allah beri tempoh kepadanya utk bertaubat kepadaNya, supaya kita menambahkan amalan, sesiapa yang ada hutang dia sempat langsaikan hutang, kalau dia takde ilmu dia sempat belajar supaya dia menambah amal bakti kepada Allah swt...
Fikirlah...Moga2 kite sentiasa berusaha memperbaiki diri...

copy paste by kakak aini..

PERBAIKI DIRI


Perbaiki diri atau lebih signifikan disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka bumi. Sepertimana sebuah ungkapan Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu. 
1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah. Perlu menjadi lebih baik.

2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 
3) Saya tak buat dosa. Kenapa perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat, taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih berisi udara. Renungkan.

4) Saya dah cuba berubah, tapi ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa. Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa itu kan senjata mukmin.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran ayat 139)

5) Orang tak hargai pun perubahan saya.
La tahzan! Usah gelisah jika perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."(Surah At-Taubah ayat 129)

6) Apa sebenarnya yang nak diubah ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah. Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.

Antara contoh kecil yang dapat kita lakukan ialah:
  • Tidak bertudung -> bertudung
  • Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
  • Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
  • Suka menyanyi -> suka baca Quran
  • Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
  • Dan... banyak lagi !

Thursday, September 6, 2012

Monday, August 6, 2012

Abg sayang adik blurwekk haha

ini lah adik kesayangan aku.. wlupun die x penah pggl aku abg. tp ttp tau die sebenar akui aku ni abg terbaik die haha.. adik yg selalu teman aku dtg sekolah lambat. n slalu kutuk aku ni bajet n mcm2 lah... sebenarnyer die puji aku tu.. bpe tahun aku hidup dgn die.. sampai die besa gajah dah haha.. mase kecik aku x penah tepikir nk dukung die,. dah besa ni bru aku terase nk dukung die.. first time haha.. sayanggilah adik anda XD haha