Monday, September 17, 2012

PERBAIKI DIRI


Perbaiki diri atau lebih signifikan disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka bumi. Sepertimana sebuah ungkapan Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu. 
1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah. Perlu menjadi lebih baik.

2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 
3) Saya tak buat dosa. Kenapa perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat, taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih berisi udara. Renungkan.

4) Saya dah cuba berubah, tapi ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa. Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa itu kan senjata mukmin.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran ayat 139)

5) Orang tak hargai pun perubahan saya.
La tahzan! Usah gelisah jika perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."(Surah At-Taubah ayat 129)

6) Apa sebenarnya yang nak diubah ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah. Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.

Antara contoh kecil yang dapat kita lakukan ialah:
  • Tidak bertudung -> bertudung
  • Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
  • Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
  • Suka menyanyi -> suka baca Quran
  • Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
  • Dan... banyak lagi !

No comments:

Post a Comment