Wednesday, September 19, 2012

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Monday, September 17, 2012

Ingat Lah


Sepanjang kita tidur mlm td, mungkin beratus ribu manusia yang meinggal di seluruh dunia. Kenapa Allah tidak matikan kita? Seorang pun tidak boleh beri alasan, Kenapa Allah panjangkan usia kita? Nak kata kerana kita muda ramai yang muda dari kita mati malam tadi, nak kata kita sihat ramai yang lebih sihat dari kita mati malam tadi, nak kata kita banyak amal ramai yang lebih banyak amal mati malam tadi. Kenapa Allah panjangkan umur kita? Disebut para ulamak, adalah kerana Allah nak beri peluang supaya sesiapa yang berbuat dosa, Allah beri tempoh kepadanya utk bertaubat kepadaNya, supaya kita menambahkan amalan, sesiapa yang ada hutang dia sempat langsaikan hutang, kalau dia takde ilmu dia sempat belajar supaya dia menambah amal bakti kepada Allah swt...
Fikirlah...Moga2 kite sentiasa berusaha memperbaiki diri...

copy paste by kakak aini..

PERBAIKI DIRI


Perbaiki diri atau lebih signifikan disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka bumi. Sepertimana sebuah ungkapan Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu. 
1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah. Perlu menjadi lebih baik.

2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 
3) Saya tak buat dosa. Kenapa perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat, taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih berisi udara. Renungkan.

4) Saya dah cuba berubah, tapi ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa. Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa itu kan senjata mukmin.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran ayat 139)

5) Orang tak hargai pun perubahan saya.
La tahzan! Usah gelisah jika perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."(Surah At-Taubah ayat 129)

6) Apa sebenarnya yang nak diubah ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah. Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.

Antara contoh kecil yang dapat kita lakukan ialah:
  • Tidak bertudung -> bertudung
  • Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
  • Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
  • Suka menyanyi -> suka baca Quran
  • Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
  • Dan... banyak lagi !

Thursday, September 6, 2012

Monday, August 6, 2012

Abg sayang adik blurwekk haha

ini lah adik kesayangan aku.. wlupun die x penah pggl aku abg. tp ttp tau die sebenar akui aku ni abg terbaik die haha.. adik yg selalu teman aku dtg sekolah lambat. n slalu kutuk aku ni bajet n mcm2 lah... sebenarnyer die puji aku tu.. bpe tahun aku hidup dgn die.. sampai die besa gajah dah haha.. mase kecik aku x penah tepikir nk dukung die,. dah besa ni bru aku terase nk dukung die.. first time haha.. sayanggilah adik anda XD haha

Wednesday, July 18, 2012

MaafKanKu

lagu ni bkn lah dari kisah aku sendiri. tp kisah dari seorg kawan yg meluahkan hatinya utk org yg die sayang sampai sekarang..
tp lyric die xde lah die reke sepenuhnye.. die just betol2 kn jee.. sbb tuh lah kureng haha.. kalo die reke sendiri mesti lg hebat dari ni..
...aku nyanyi lgu ni mcm aku pulak yg tengah sedih.. utk pegetahuan. aku seorg penulis yg x matang.. ayat x berbunga-2.. MCM MANE NK BUAT AYAT BERBUNGA NI? AJA LAH AKU.. X BAIK KEDEKOT ILMU.. MAYBE BKN BAKAT AKU NK MENCIPTA LIRIK NI BAGAI2...
 BYE2 :DD

Tuesday, July 17, 2012

wanita yang gagah dan kecantikan lelaki

kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal ototnya , tetapi pada kekuatan perasaan . perempuan yang gagah adalah .
1. perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan . 
2. perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan .
3. perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan .
4. perempuan yang tidak meminta agar dipenuhi segala keinginannya .

kecantikan lelaki bukan kepada rupa fizikalnya tetapi murni rohani .
1. lelaki yang mampu mengalirkan air mata .
2. lelaki yang sedia menerima teguran .
3. lelaki yang memberi madu setelah menerima racun .
4. lelaki yang tenang dan lapang dada .
5. lelaki yang baik sangka .
6. lelaki yang tidak pernah berputus asa .


Monday, July 9, 2012

Aku miliki IQ yg rendah

             - Kenapa aku dilahirkan miliki IQ yg rendah. Ape kelebihan IQ rendah. ??-
Kadang-2 aku cemburu dgn org yg miliki IQ yg tinggi ni. Aku setiap hari pergi sekolah tp susah sangat nk faham ape yg cikgu ajar. Semase cikgu bagi soalan suruh jawap soalan aku lihat kawan-2 semua dpt jawap dgn senang je. tp kenape aku tak mcm org lain?
              Satu hari aku cube nk berubah jadi rajin. aku bace buku rujukan n cube igt dlm sedlmnya. Tp bile sampai soalan dikeluarkn, aku seolah-olah tak tahu apa-2. Aku hanya dpt m'jawap 1,2 soalan saja.
              Sejak hari tu baru aku tahu yg aku ni dilahirkn golongan IQ rendah. Hal ni buat aku jadi lebih tak b'daya n lebih malas nk ambil tahu sume p'kare mengenai pelajaran ni. sbb aku tau aku takkan faham sepenuhnya.
              Timbul perasaan kecewa yg sangat mendalam. takde sape yg faham situasi aku sekarang.. orang sekeliling senang ambil mudah. cubalah rasa apa yang aku rasa sekarang. Perasaan rendah diri dlm pelajaran, rasa semakin tak bermaya, rasa buntu dan terlalu serabut buat aku.
              Aku slalu berdoa pada Allah agar aku lulus SPM tahun ni. Aku tak minta lebih.. aku hanya minta lulus yaa Allah tolong lah.. aku harap Allah makbulkanlah doa2 aku. 


tolong..tolong.. aku sangup mati ketika dilahirkan.. tp Allah berikan kehidupan pada aku.. aku cuba buat yg terbaik. teruskan perjuangan salam!! salam!! salam!! turunkanlah nur hidayah pada ku ya Allah.. skrg aku betul-2 tak tahu nk buat apa lagi..

Friday, June 15, 2012

kasih sayang ibu bapa



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Thursday, June 14, 2012

Terase Kewujudan Di Sekolah :'(

setelah lama aku kat sekolah dari form1-5.. time Form5 ni laa baru aku terase kewujudan.. menerime hadiah dari seorg adik form1 woo.. x sangke ade jugak org usya aku rupe nyer kahkahkah XD.. sena nyer aku x penah jumpe pon org nyerr.. ape pun thnk kat adik atikah asyikin sbb beri hadiah yg comel2 cengituh. wlaupun cawan.. sayang nk gune haha.. tp mati laa aku nnt bufday die aku nk balas ape pulak -_- haha.. xpe2 nnt2 laa aku pikir kahkahkah.. x payah pon x pe.. kne ikhlas.. x ikhlas x gune kahkahkah XD!!
 hah ini laa die cawan ade tulis name aku hahahaaha >_<!!

selain dapat cawan.. dpt sepujuk surat.. aku igt surat cinte ke pe haha.. just ucapan bufday haha.. pepe pon aku hargai laa kat adik f1 nih.. woohooo
and p'kataan yg aku suke sekali ade tertulis ''the best guitariss'' mmg terharu gile de jugak org hargai seni muzik aku.. hohoho..
                                      --okeyh laa aku x nk tulis panjang2 nnt adik tuh kembang hhahahaa--
                                                                pepe pon i luv u dik hahaha

Wednesday, February 29, 2012

eh!! aku dah nk hbis sekolah ke? mcm seronok..

Selalu time nk sekolah je. mmg rase malas gile pig r.. tp selalu aku jumpe kawan abg aku si lokman tuh.. aku tnyer ''mcm mne skang'' semua ckp ''x seronok'' ''rse diri mcm x gune hidop'' n ''MENYESAL TIME SEKOLAH X BELAJAR BETOL-2''... aku pon rse cm bedebar pulak bile nk hbis sekolah nih.... lg pon aku ni jenis sekejap je rse sume mende tuh.. last2 wat bodo jeh.. Tp kn aku risau sgt aku hbis sek nnt x dpt kje. sbb result spm cm SIAL..  bapak aku soh score BM jeh sbb die taw aku ni lembap haha.. entah lee ape lee yg akan berlaku.. bab kerje tuh sume nyer rezki.. org tua2 ckp setiap org lain2 rezki nyerr.. ape pon klo bleh... aku lulus laaa SPM.. aminnn...